Wednesday, May 7, 2008
Kisah benar dari penjara Sg Buloh
Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supa dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.
Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat d jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.WALLAH HUALAM,
Sumber~http://isuhangat.blogspot.com
Tuesday, May 6, 2008
PESAKIT JIWA DAN JURUTERBANG
Suatu hari seorang juruterbang ditugaskan membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke suatu kawasan baru. Sebanyak 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu . seorang lagi hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba kapal terbang bergegar akibat 29 pesakit yang melompat-lompat itu. Juruterbang itu memanggil pesakit jiwa yang diam itu dan menyuruh dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain. Lima minit kemudian kapal terbang kembali stabil. Juruterbang itu bertanya apa yang dilakukan. Pesakit itu Menjawab " Saya bagi tau kat kawan-kawan , Kalau Nak melompat pergi main kat Luar !!!!!!!!
Lawak Kipas
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:"Panasnya dalam helikopter ini ... ".Maka menjawablah Pak Kulup yang turut berada dalam helikopter itu:"Mahu tak panas tuan ... kipasnya besar ... tapi di luar ... "




