Thursday, April 24, 2008

Restoran-hotel-5-bintang-halal-atau haram

Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL.

Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri.

Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak.

Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Itu adalah faktanya. Pada pendapat saya, kalau yang tak jelas halal-haramnya kena jelaskan sampai ia jadi betul2 jelas. Babi ni memang jelas haram walaupun kepada orang bukan Islam, itu sebab ada restoran bukan Islam tulis "pork free" kerana ingin menarik golongan pengunjung Muslim. Dan ramai pula orang Islam datang makan, padahal mereka tetap hidang arak, maka tetap tak halal... orang Islam tak sensitif arak. Orang melayu Islam ni sejahat mana pun, taik judi atau taik arak, tetap tak makan babi. Mungkin orang melayu yang Murtad Islam dan masuk agama lain (ramai sekarang, Dato' Hairussani kata) pun takkan berani sentuh babi sebab ia adalah babi yang diharamkan Allah di dalam Islam dan arahan tu dah menjadi darah daging.

Itu hebatnya keharaman babi ni terhadap orang Islam. Jadi Babi memang jadi isu sangat sensitif kepada orang melayu. Mereka lebih sensitif tentang isu babi walaupun sah jelas kandang babi yang dibuat itu bukan untuk orang Islam dan suku sakat orang Islam.. padahal isu arak tidak begitu sensitif..kenapa?Justeru, Yang lebih merisaukan adalah arak. Walaupun jelas haram tapi ramai orang kita tetap minum. Yang paling sedih, yang tak minum pun tak sengaja terambil di dalam makanan yang dimasak atau kek.. adakah ini disebabkan org Islam di atas sana tidak prihatin atau ?mereka pun sama-sama minum juga?.

Ramai juga tahu judi itu haram, tapi orang melayu gak yang penuh kat kedai Magnum dan Sport Toto petang2. Pengaruh arak dan judi di kalangan orang melayu Islam patut dikaji dan disebarkan..

WallahuA'lam - Petikan dr Blog Dr. Azwan

Tuesday, April 1, 2008

KURUS???

Aku nak kuruskan badan...
Wah excited aku ari ni..kononnya nak start diet semula..since aku nak termuntah makan sup yg walin suggest kat aku tu..hahahaa...dek kata siti nurhaliza...Kalau nak cantik kena la sakit..
UUUwwawauuwawaaaaaaa
Aku memang la nak kurus tp x nak la smpi sakit2..
tp aku ada barang baik punya..harap menjadi la..tp aku kena la ikut segala peraturan..
kalau nk langgar pantang sendiri mau hingat ler...rasanya klu sekali sekali x salah kot..
Last saturday aku ade berjumpa dgn sorg hamba Allah ni..dia perkenalkan aku dgn satu produk...(aku mmg dah tahu lama tengtg produk ni sbb atu aku berani nk jumpa consultant ni)cara diet yg sihat di samping dapat menyelesaikan masalah penghadam perut aku(serius beb..aku bab ni mmg ala2 tahap serius la) + migrain, dalam masa yg sama dpt berdiet yg penting ikut peraturan!!!!
Wah bunyi cam menarik...
Tp harga produk ni lagi menarikkkkk.....
Arrrrrgggggggg mahalnya! sebulan lebih kurang RM500-700..
Ade ke aku duit!?????
Tengok la cara yg bagaimana aku nak dpt...heheheheee
Yang penting hari ni 1/4/08 aku dah on diet...
Target????
Malu achik nk nyobut eh...mmg byk weii.. Berat ideal kono kurangkan (11kg) tp klu nak cun sikit lagi...heheee kurangkan lagi 3 kg(semuo eh 14kg) bapo lamo la agak eh den nak kuruih ni!!..mak aii borek eh den..cam anak gajah...uuwawaaaaa..
Air dalam badan kurang...kono minum air byk la lopeh ni..1 hari 3liter=2 botol air mineral atlest!
Dah sah-sah toilet tu umah singgahan den!!
Metabolisme... mcm org berumur 45thn...TUO eh!!! patuit la kalau naik tanggo tu momanjang yo lolah...cam org tuo...rupo eh mmg den dah TUO!!!
TIDAKKKKKK!! Den nak kuruih!! TOLONG!!!!
Faiza, Ija, K.Ja, Pae, Mak Teh...!!!
Bangun....sedar la wahai kamu yang kamu memang GEMUK BMI= 26.6 ape x gemuknya!!!
Daisypath Wedding Ticker
myspace backgrounds
Myspace Backgrounds