Tuesday, September 11, 2007

Perginya Wan (Nenek) tersayang menemui Ilahi

Alfatihah..!!
Terasa baru jer aku bertemu dgn Wan February yg lepas ketika Thn Baru Cina. Kami semua bergembira bermandi manda di Jeram Tengkek dan sambil membakar BBQ.
Tarikh 7 Sept 2007, Jam 11.59 mlm aku terima panggilan dr k.zira mengatakan Wan telah tiada lagi di dunia ini...Sebak sangat....
Jam 3.30 pg kami semua adik beradik berkumpul di tol Sg. besi utk bertolak ke KG. di Batu Kikir, N.9..
Allah masih sayang kan Arwah Wan..
Hakikatnya Wan hanya tinggal keseorang di Kg.
Namun, pada hari Jumaat itu Mak dan Ayah aku tergerak hendak pulang ke Kg. almaklumlah Ramadhan dah dekat dan sudah menjadi kebiasaan Ayah dan Mak akan pulang ke Kg. sblm menjelang Ramadhan.
Mak sampai ke Kg. hampir Maghrib...
Setelah hampir 1 jam mak aku memberi salam, baru kedengaran suara Wan menjawab salam..
Pada masa itu Mak aku lihat Wan x sihat demam..
Selepas solat Maghrib, Mak dan ayah bergegas membawa Wan ke hospital..
Dlm perjalan ke hospital Bahau, Wan mengadu sakit (juga terdapat Bengkak Kelenjar Di peha Wan)...
Mak hanya minta Wan terus menyebut 'Allah' dan bukan 'sakit'
Sepanjang perjalan sebutan "Allah" terus keluar dr mulut Wan.
Sesampai di Hospital Bahau...mereka minta Wan di pindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah..
Allah lebih menyayangi Wan...
tidak sampai 1/2 jam Wan di sorong ke Hospital...
Doctor telah memaklumkan Wan sudah tiada lagi di dunia ini.

Sekiranya Mak dan Ayah tidak balik pada hari itu...
Nauzubillah... sudah tentu Wan meninggal keseorangan di rumah.

Dulu pun Arwah Wan(sebelah ayah) meninggal di pangkuan Ayah,
Kini Arwah Wan(sebelah mak) juga meninggal dlm keadaan Ayah dan Mak berada di sana.

Arwahyarhamah Wan selamt di semadikan di bersebelahan kubur anak bongsu kesayangannya yang meninggal ketika berusia 18 thn.

Semoga Wan tenang di sana dan di tempatkan bersama2 insah yang Soleh.
Che Yam Binti Samat (3 Jun 1929 - 7 Sep 2007)

No comments:

Daisypath Wedding Ticker
myspace backgrounds
Myspace Backgrounds