
Haii..dah lama rasanya x update kan blog ni..
Sekarang aku nak berkongsi masakan yg telah aku masak bersama kawan2..
harapnya sesiapa yang buka blog aku ni akan bertambah rajin utk masuk ke dapur yer..
Semalam ari sabtu aku makan di luar jer kat A&W dah lama aku x makan kat sana. Balik dari makan aku ade tugasan yg perlu di buat iaitu menyiapkan kek kukus buah-buhan yang di tempah oleh kawan aku utk pertunangan adiknya esok utk di jadikan sbg hantaran. Tapi lupa pulak aku nak ambik gambar, hanya ade gambar kek utk aku..sengaja lebihkan tepung dpt juga aku makan. Kek buahan ini adalah diantara kek yg famous di waktu hari raya dan selalu juga mak aku mendpt tempahan menjelang hari raya. Ketahanan kek ini hampir 6 bulan jika di simpan di dlm peti ais.
Rasa kek ni mmg la moist dan sedap. Agak2 nya klu tahun ni aku promot kat kawan2 ade x yg nak order..hehhehee
Next time klu aku rajin aku buatkan utk kawan2 yer.
Atas permintaan Ili di bwh adalah
Resepi
Fruits cake1 tin (325 gm) pure cream butter
400 gm tepung superfine
1 cwn gula
300 gm mix fruits
3 sudu black teracle
2 sudu pewarna sarsaparilla (liquid brown)
4 biji telur gread B
1 1/2 sudu cream of tartar
1 1/2 sudu Bicarbonate soda
1 sudu esen vanila
1 sudu pala powder
1 sudu serbuk kulit kayu manis
** 1 cawan gula utk gula hangus
1/2 air
Caranya:
1) Semua bahan kering di satukan dan di ayak.
2) Butter + gula + kacau hingga creamy + telur + esen vanila + liquid brown + black treacle + pukul (Semua bahan ini pukul menggunakan whisk tangan jer yer)
3) Semua bahan di atas di satukan dhl sblm memasukkan gula hangus.
4) Utk memasak gula hangus ni, dgn mggunakan periuk non stick masak gula sampai mendidih dan masuk kan air + kacau lg..hati2 sikit gula ni panas
5) masukkan gula hangus yg masih panas kedalam bancuhan td dgn berhati2, jgn sampai gula hangus keras jika lambat mencampurkan ke dlm adunan.
6) Akhir sekali campurkan kesemua buah campuran kedalam dan kacau.
7) Kukusan biar mendidih baru di kukus selama 5 - 6 jam
Kebiasaannye kek buah harga di pasaran RM50.00 - RM55.00 1 kilo++