




Minggu lepas aku dan Kumon staff telah melawat ke Saigon, Ho Chi Minh City, Vietnam (Company Trip), so, dapat la melawat tempat2 yang menarik di sana di sebabkan kali ini bukan atas urusan kerja...relaxs la sikit. Kami di bahagikan 2 kumpulan, group 1 berlepas 18 May – 20 May, dan aku group 2, 19 May – 21 May. Walaupun segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh Kumon namun masih ade yg tidak turut serta. Aku?? Sudah tentu pergi almaklumla FOC, klu nak pergi sendiri sudah tentu nak kena keluar duit...jd ini lah masa utk aku melihat keadaan negara yg masih dalam pembangunan. Boleh di katakan suasana negara Vietnamese tidak ubah seperti negara Malaysia 30 thn yang lalu. Kebanyakan penduduknya menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama, jarang dapat melihat situasi di mana di atas jalan raya banyak di penuhi oleh motorsikal..Setiap org di atas jalan raya tidak memakai helmet ketika memandu di bandar sebaliknya wajib memakai helmet jika memandu dikawasan luar bandar. Bayang kan dgn menggunakan motorsikal mereka mengangkut pelbagai barang yg besar, even peti ais pun mereka mggunakan motorsikal bg menggantikan lori.. lg satu, selagi motorsikal tu blh memuatkan seramai mana yg boleh pasti satu keluarga naik... One more thing, I’m so amaze..Terasa sebak di hati aku bila melihat 4 org di atas satu motorsikal berhimpit-himpit.
Semasa di sana terasa bahagianya menjadi rakyat Malaysia, bertuah sangat kerana negara kita telah menjadi salah sebuah negara yang maju. Memandangkan kami datang ke Vietnamese pd penghujung bulan 5, cuaca panas bertambah dengan bahang...pening kepala di buatnya. Seandainya pergi ke Vietnamese pd bulan Nov-Feb cuaca adalah dingin di mana suhu diantara 8 C – 12 C shj dan baju tebal perlu di kenakan.
19 May – Bertolak dr rumah kul 5.30pg dan berkumpul di KLC. 6.10 bergegas ke KLIA kerana perlu check in pada pukul 7.00pg dan penerbangan pukul 9.00.
Sampai di Saigon jam telah menunjukan 11.00 pagi waktu M’sia dan 10.00 pagi waktu tempatan. Wahhh...akhirnya sampai aku ke sini. Sejurus sampai kami semua bertolak ke Mekong dan menikmati makan tengahari disana. Kemudian bertolak ke Sungai Mekong utk melihat kehidupan traditional disana. Di sini kami meneruskan perjalan menyeberangi sungai dgn menaiki bot. Lebioh kurang 2 jam lebih disana kami manaiki pula sampan yg di muatkan 4 org setiap satu sampan. Seronok!!! Pukul 6.30 ptg sampai ke hotel utk mandi dan bersiap utk dinner di atas Feri yg bergerak. Sudah lama aku mengidamkan makan di atas feri yang agak mewah sambil menikmati pemandangan malam dan dihiburkan oleh live band...
20 May – Pukul 8.00 pagi bertolak ke Dataran utk mengambil gambar beramai2, setelah itu kami bertolak ke Chu Chi Tunnel dgn menaiki bas mengambil masa dalam 2 jam. Di sana aku dapat melihat Kubu yang mereka gali sedalam lebih dr 2 meter dan merasa sendiri menyusuri kedalam lubang yg teramat la gelapnya sambil berjalan itik.... di sebabkan nak merakam video, aku pasangkan lampu hpone, so terang la sikit x la takut sangat. Di sini dpt aku bayangkan betapa peritnya kehidupan mereka di masa lampau dgn terpaksa berhimpit beramai2 di tambah dgn gelap serta panas. Bagi aku yang hanya beberapa minit di dlm nya terasa la penat, tapi puas keran dpt merasai sendiri.
Setelah 2 jam lebih di sana kami bergerak semula ke Ho Chi Minh City utk menikmati makan tengahari dan diteruskan melawat ke tempat Istana Diplomat. Bagi aku kat sini biasa shj tp kerana tinggalan sejarah yg ada membuat kan ia bermakna bg Vietnamese. Di teruskan perjalan melawat Pos Office, Wah!! Cantik pos officenya mungkin bekas tinggalan bangunan oleh penjajah kerana reka bentuk bangunan melambangkan bangsa asing. Kemudian kami berangkat ke Kilang membuat gambar. Cantik sekali gambar2 nya tapi harga......boleh tahan mahalnya. Di sini aku x beli apa2 pun...Perjalan di teruskan ke tempat yang di tunggu2 iaitu Ben Thant Market.... Tapi x puas hati tul la sbb masa yg di berikan utk shopping tak sampai pun 2 jam, mcm mn nak pilih barang kalau rushing mcm ni. Even kat Malaysia kalau nak cari satu barang pun dah lebih 2 jam.. Sedih gak la sebab barang yang di beli x dapat nak cari merata tempat, nampak jer pilih sekejap + tawar menawar terus beli bimbang x sempat. Kul 6.30 gerak utk makan malam di sabuah restoren masakan Malaysia, okla makanannya sedap la jg dr x ada. Pelayan di sini boleh berbahasa melayu..rasa macm kat M’sia pula. Sampai hotel jam menunjukan 8 lebih..
Di sebabkan ptg tu tergesa2 semasa di Ben Thant Market maka masih ada barang yg belum dibeli. Lebih kurang pukul 9.00 mlm aku, K.paa dan Safiah kembali kesana menaiki teksi, tambang USD2.00 pergi dan balik. Tapi pasar di sebelah malam tidak banyak barang sperti siang..Kecewa lg, brg yg di cari x ada.... L
21 May- 9.10 pagi selepas sarapan kami bertolak ke Kumon Vietnam Office, perjalan lebih kurang ½ jam dr hotel di sana kami berada hampir 3 jam. Diteruskan dgn makan tengahari dan berangkat ke Airport. Penerbangan pulang pada pukul 4.05 ptg waktu Vietname dan 5.05 waktu Malaysia. Pada pukul 7.15 kami selamat sampai ke KLIA dan tiba di rumah pada pukul 9.20 mlm.
Hakikatnya byk kenangan manis sepanjang aku berada di sana dan yang pasti ia akan tersemat di ingatan.




