Thursday, December 13, 2007

Raya 2007

Lamanya aku x up date kan blog ni...entah la mungkin penyakit M telah melanda..
actually byk perkara nk di kongsikan tapi..entah la...walaupun sbnrnya bukan x de masa ada...
Anyhow, hari ni aku akan cuba coretkan serba sedikit kenangan yg lalu...
Raya yg lepas tema keluarga aku warna Oren...tu aku yg pilih..ramai yg protes kata terang sgt la...hahaaa....atlast semua setuju...so tanggal 13 Oct 2007 bersamaan 1 Syawal kami sekeluarga beraya di rumah Arwah Wan bersama adik beradik sebelah Mak..
wah seronak sgt...sbb...banyak rumah yg aku pergi wlupun sblm ni x pernah pun smpai lagi...
Rumah Atuk di sebelah Ayah juga kami kunjungi...
Wah thn ni Atuk pakai baju melayu yg aku belikan...walaupun makcik aku cakap dekat 2,3 kali atuk aku pakai dan tanggal...malu katanya warna merah yg aku beli tu terang dan sesuai untuk org muda...Hehheee..atlast Atuk pakai juga nak jaga hati cucu sorang ni...Aku happy sgt masa jumpa Atuk pagi raya di Masjid tengok atuk berbaju melayu yg aku belikan...
Dlm keseronokan masih tercalit perasaan sedih, sayu dan pilu kerana ini thn pertama perginya Arwah wan(Nenek)...semoga Wan berbahagia di "sana"..

Tahun ni juadah raya, mak masak rendang + lontong, + Lemang(ayah beli jer)
Walaupun aku ni kureng sikit dgn lontongg sbb berlemak tp kali ni aku rasa cam aku yg mkn lebih...heheeee..

Tuesday, September 11, 2007

Perginya Wan (Nenek) tersayang menemui Ilahi

Alfatihah..!!
Terasa baru jer aku bertemu dgn Wan February yg lepas ketika Thn Baru Cina. Kami semua bergembira bermandi manda di Jeram Tengkek dan sambil membakar BBQ.
Tarikh 7 Sept 2007, Jam 11.59 mlm aku terima panggilan dr k.zira mengatakan Wan telah tiada lagi di dunia ini...Sebak sangat....
Jam 3.30 pg kami semua adik beradik berkumpul di tol Sg. besi utk bertolak ke KG. di Batu Kikir, N.9..
Allah masih sayang kan Arwah Wan..
Hakikatnya Wan hanya tinggal keseorang di Kg.
Namun, pada hari Jumaat itu Mak dan Ayah aku tergerak hendak pulang ke Kg. almaklumlah Ramadhan dah dekat dan sudah menjadi kebiasaan Ayah dan Mak akan pulang ke Kg. sblm menjelang Ramadhan.
Mak sampai ke Kg. hampir Maghrib...
Setelah hampir 1 jam mak aku memberi salam, baru kedengaran suara Wan menjawab salam..
Pada masa itu Mak aku lihat Wan x sihat demam..
Selepas solat Maghrib, Mak dan ayah bergegas membawa Wan ke hospital..
Dlm perjalan ke hospital Bahau, Wan mengadu sakit (juga terdapat Bengkak Kelenjar Di peha Wan)...
Mak hanya minta Wan terus menyebut 'Allah' dan bukan 'sakit'
Sepanjang perjalan sebutan "Allah" terus keluar dr mulut Wan.
Sesampai di Hospital Bahau...mereka minta Wan di pindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah..
Allah lebih menyayangi Wan...
tidak sampai 1/2 jam Wan di sorong ke Hospital...
Doctor telah memaklumkan Wan sudah tiada lagi di dunia ini.

Sekiranya Mak dan Ayah tidak balik pada hari itu...
Nauzubillah... sudah tentu Wan meninggal keseorangan di rumah.

Dulu pun Arwah Wan(sebelah ayah) meninggal di pangkuan Ayah,
Kini Arwah Wan(sebelah mak) juga meninggal dlm keadaan Ayah dan Mak berada di sana.

Arwahyarhamah Wan selamt di semadikan di bersebelahan kubur anak bongsu kesayangannya yang meninggal ketika berusia 18 thn.

Semoga Wan tenang di sana dan di tempatkan bersama2 insah yang Soleh.
Che Yam Binti Samat (3 Jun 1929 - 7 Sep 2007)

Tuesday, July 10, 2007




Semalam aku puasa dan hari ni juga...
biasa la, aku ni klu puasa mesti nak ade kuih muih.
Walaupun smlm berbuka di luar sampai rumah sempat lagi aku
membuat pau goreng. Memandangkan inti kelapa yg aku bw dr kg. masih ade dan periuk kukus baru yg di beli seminggu sudah, rajin la aku nak masak yg berkukus klu x jgn harap la.
So kat bawah adalah resepinya:

Pau Goreng

240 g tepung
1 camca teh "Double Acting"
1 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*

Filling
1 biji kelapa parut
1 buku gula melaka (ikut manis)
2 sudu gula merah
1 sudu kecil tepung pulut
daun pandan

Caranya
Tepung + garam + double acting + gula disatukan + (yis+air suam) + uli sampai licin + shortening + uli lagi. Setelah itu simpan di dlm bekas dan tutup menggunakan kain basah. Biar kan doh td naik 2x ganda.
Buat bulat2 kecil masukkan inti dan biarkan selama 40 minit.
Dah naik tu baru di goreng.


Monday, July 9, 2007

Lauk





Hari ni dah masuk 4 hari aku selsema dan batuk, di tambah pula dgn pening membuatkan aku malas jer nak gi keje..
Semalam balik dr hantar kek kat Sarina, aku terus ke opis teman kan kakak ipar aku nak hantar makanan yg di order oleh Completer team on be half her cousin yg x dpt nak hantar di sebabkan budak2(pekerja)cuti ari ni. Balik dr opis aku ingat nak nak makan fast food jer, tapi stock lauk dlm peti yang dah hampir 1 bulan lamanye masih ade tersimpan... kesian pulak, klu x aku yg masak alamat terbuang ajer la. Jadi aku pun masak la Sotong masak lada hitam, sambal telur dan sayur kobis masak lemak. Ermmm..sesekali masak sempoi sedap jugak.

Sunday, July 8, 2007

Kek Buah


Haii..dah lama rasanya x update kan blog ni..
Sekarang aku nak berkongsi masakan yg telah aku masak bersama kawan2..
harapnya sesiapa yang buka blog aku ni akan bertambah rajin utk masuk ke dapur yer..

Semalam ari sabtu aku makan di luar jer kat A&W dah lama aku x makan kat sana. Balik dari makan aku ade tugasan yg perlu di buat iaitu menyiapkan kek kukus buah-buhan yang di tempah oleh kawan aku utk pertunangan adiknya esok utk di jadikan sbg hantaran. Tapi lupa pulak aku nak ambik gambar, hanya ade gambar kek utk aku..sengaja lebihkan tepung dpt juga aku makan. Kek buahan ini adalah diantara kek yg famous di waktu hari raya dan selalu juga mak aku mendpt tempahan menjelang hari raya. Ketahanan kek ini hampir 6 bulan jika di simpan di dlm peti ais.
Rasa kek ni mmg la moist dan sedap. Agak2 nya klu tahun ni aku promot kat kawan2 ade x yg nak order..hehhehee
Next time klu aku rajin aku buatkan utk kawan2 yer.

Atas permintaan Ili di bwh adalah
Resepi Fruits cake

1 tin (325 gm) pure cream butter
400 gm tepung superfine
1 cwn gula
300 gm mix fruits
3 sudu black teracle
2 sudu pewarna sarsaparilla (liquid brown)
4 biji telur gread B
1 1/2 sudu cream of tartar
1 1/2 sudu Bicarbonate soda
1 sudu esen vanila
1 sudu pala powder
1 sudu serbuk kulit kayu manis

** 1 cawan gula utk gula hangus
1/2 air

Caranya:
1) Semua bahan kering di satukan dan di ayak.
2) Butter + gula + kacau hingga creamy + telur + esen vanila + liquid brown + black treacle + pukul (Semua bahan ini pukul menggunakan whisk tangan jer yer)
3) Semua bahan di atas di satukan dhl sblm memasukkan gula hangus.
4) Utk memasak gula hangus ni, dgn mggunakan periuk non stick masak gula sampai mendidih dan masuk kan air + kacau lg..hati2 sikit gula ni panas
5) masukkan gula hangus yg masih panas kedalam bancuhan td dgn berhati2, jgn sampai gula hangus keras jika lambat mencampurkan ke dlm adunan.
6) Akhir sekali campurkan kesemua buah campuran kedalam dan kacau.
7) Kukusan biar mendidih baru di kukus selama 5 - 6 jam

Kebiasaannye kek buah harga di pasaran RM50.00 - RM55.00 1 kilo++

Thursday, May 24, 2007

Vietnam






Minggu lepas aku dan Kumon staff telah melawat ke Saigon, Ho Chi Minh City, Vietnam (Company Trip), so, dapat la melawat tempat2 yang menarik di sana di sebabkan kali ini bukan atas urusan kerja...relaxs la sikit. Kami di bahagikan 2 kumpulan, group 1 berlepas 18 May – 20 May, dan aku group 2, 19 May – 21 May. Walaupun segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh Kumon namun masih ade yg tidak turut serta. Aku?? Sudah tentu pergi almaklumla FOC, klu nak pergi sendiri sudah tentu nak kena keluar duit...jd ini lah masa utk aku melihat keadaan negara yg masih dalam pembangunan. Boleh di katakan suasana negara Vietnamese tidak ubah seperti negara Malaysia 30 thn yang lalu. Kebanyakan penduduknya menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama, jarang dapat melihat situasi di mana di atas jalan raya banyak di penuhi oleh motorsikal..Setiap org di atas jalan raya tidak memakai helmet ketika memandu di bandar sebaliknya wajib memakai helmet jika memandu dikawasan luar bandar. Bayang kan dgn menggunakan motorsikal mereka mengangkut pelbagai barang yg besar, even peti ais pun mereka mggunakan motorsikal bg menggantikan lori.. lg satu, selagi motorsikal tu blh memuatkan seramai mana yg boleh pasti satu keluarga naik... One more thing, I’m so amaze..Terasa sebak di hati aku bila melihat 4 org di atas satu motorsikal berhimpit-himpit.
Semasa di sana terasa bahagianya menjadi rakyat Malaysia, bertuah sangat kerana negara kita telah menjadi salah sebuah negara yang maju. Memandangkan kami datang ke Vietnamese pd penghujung bulan 5, cuaca panas bertambah dengan bahang...pening kepala di buatnya. Seandainya pergi ke Vietnamese pd bulan Nov-Feb cuaca adalah dingin di mana suhu diantara 8 C – 12 C shj dan baju tebal perlu di kenakan.

19 May – Bertolak dr rumah kul 5.30pg dan berkumpul di KLC. 6.10 bergegas ke KLIA kerana perlu check in pada pukul 7.00pg dan penerbangan pukul 9.00.
Sampai di Saigon jam telah menunjukan 11.00 pagi waktu M’sia dan 10.00 pagi waktu tempatan. Wahhh...akhirnya sampai aku ke sini. Sejurus sampai kami semua bertolak ke Mekong dan menikmati makan tengahari disana. Kemudian bertolak ke Sungai Mekong utk melihat kehidupan traditional disana. Di sini kami meneruskan perjalan menyeberangi sungai dgn menaiki bot. Lebioh kurang 2 jam lebih disana kami manaiki pula sampan yg di muatkan 4 org setiap satu sampan. Seronok!!! Pukul 6.30 ptg sampai ke hotel utk mandi dan bersiap utk dinner di atas Feri yg bergerak. Sudah lama aku mengidamkan makan di atas feri yang agak mewah sambil menikmati pemandangan malam dan dihiburkan oleh live band...

20 May – Pukul 8.00 pagi bertolak ke Dataran utk mengambil gambar beramai2, setelah itu kami bertolak ke Chu Chi Tunnel dgn menaiki bas mengambil masa dalam 2 jam. Di sana aku dapat melihat Kubu yang mereka gali sedalam lebih dr 2 meter dan merasa sendiri menyusuri kedalam lubang yg teramat la gelapnya sambil berjalan itik.... di sebabkan nak merakam video, aku pasangkan lampu hpone, so terang la sikit x la takut sangat. Di sini dpt aku bayangkan betapa peritnya kehidupan mereka di masa lampau dgn terpaksa berhimpit beramai2 di tambah dgn gelap serta panas. Bagi aku yang hanya beberapa minit di dlm nya terasa la penat, tapi puas keran dpt merasai sendiri.

Setelah 2 jam lebih di sana kami bergerak semula ke Ho Chi Minh City utk menikmati makan tengahari dan diteruskan melawat ke tempat Istana Diplomat. Bagi aku kat sini biasa shj tp kerana tinggalan sejarah yg ada membuat kan ia bermakna bg Vietnamese. Di teruskan perjalan melawat Pos Office, Wah!! Cantik pos officenya mungkin bekas tinggalan bangunan oleh penjajah kerana reka bentuk bangunan melambangkan bangsa asing. Kemudian kami berangkat ke Kilang membuat gambar. Cantik sekali gambar2 nya tapi harga......boleh tahan mahalnya. Di sini aku x beli apa2 pun...Perjalan di teruskan ke tempat yang di tunggu2 iaitu Ben Thant Market.... Tapi x puas hati tul la sbb masa yg di berikan utk shopping tak sampai pun 2 jam, mcm mn nak pilih barang kalau rushing mcm ni. Even kat Malaysia kalau nak cari satu barang pun dah lebih 2 jam.. Sedih gak la sebab barang yang di beli x dapat nak cari merata tempat, nampak jer pilih sekejap + tawar menawar terus beli bimbang x sempat. Kul 6.30 gerak utk makan malam di sabuah restoren masakan Malaysia, okla makanannya sedap la jg dr x ada. Pelayan di sini boleh berbahasa melayu..rasa macm kat M’sia pula. Sampai hotel jam menunjukan 8 lebih..
Di sebabkan ptg tu tergesa2 semasa di Ben Thant Market maka masih ada barang yg belum dibeli. Lebih kurang pukul 9.00 mlm aku, K.paa dan Safiah kembali kesana menaiki teksi, tambang USD2.00 pergi dan balik. Tapi pasar di sebelah malam tidak banyak barang sperti siang..Kecewa lg, brg yg di cari x ada.... L

21 May- 9.10 pagi selepas sarapan kami bertolak ke Kumon Vietnam Office, perjalan lebih kurang ½ jam dr hotel di sana kami berada hampir 3 jam. Diteruskan dgn makan tengahari dan berangkat ke Airport. Penerbangan pulang pada pukul 4.05 ptg waktu Vietname dan 5.05 waktu Malaysia. Pada pukul 7.15 kami selamat sampai ke KLIA dan tiba di rumah pada pukul 9.20 mlm.

Hakikatnya byk kenangan manis sepanjang aku berada di sana dan yang pasti ia akan tersemat di ingatan.

Thursday, May 10, 2007

Ira tagging me…(if not.. for sure still x up date la)

Since I was required to list down 5 things about my self, here goes…
Wonder if these are really what I suppose to write..

5 things found in your bag
1. My purse
2. My lip care balm, it’s really important to me I can’t lose it.
3. My hand phone.. there has someone pictures that I really love.
4. Tissue small pack
5. Compact powder and others thing

5 things found on your wallet:
1. My IC (I proud to be Malaysian)
2. Money - at least RM1.00 (berkat)
3. Name card, Clinic cards, ATM cards, Debit card & Privileged cards
4. Medicine – Ponston, minyak cap singa and others emergency thing
5. Beloved photo - My Mom & My Dad

5 favorite things in your room:
1. My beloved teddy bear
2. My exercise bicycle and Dumbbell… sometimes I let it alone…
3. Make-up table
4. My perfume collections…actually just a few
5. Mattress, pillow of course… and blanket

5 things you always wanted to do:
1. Lose my weights…but I’m still eat a lot and no exercises..so how?? L
2. Earn more money…No money no talk lo..
3. Get married… But when ha?? At least before 30 years-old
4. Taubat and be a Good Khalifah
5. Go to Mecca and bring along my family

5 things you are currently into:
1. I will try hard baking Muffins, Buns and making others foods until it’s really nice…If still not nice I will do again and again… My victims? Guess who?? hahahaa of course my housemate or my family
2. Watching TV – Delima Wanita, Ugly Betty, Nona, CSI, Buletin Utama, Melodi, Susuk, Wakenabeb, Grey’s Anatomy, Supernatural
3. Fotopages – Get some idea on how to cook from others and get some information.
4. Thinking - how to improve my self to become a good person
5. Watching people’s walk and people’s characters

So now I tag Ili...(make it urself free huh..)

Monday, March 19, 2007

Ceritera...

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer. One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara.. " Amer.. nok ujang.." "Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer. "Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa. " Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer. "Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras. "Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??" Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah. "Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab.. Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

2 .
Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Ayah, Ibu... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!


Kisah & Teladan! Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami". Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing ditilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik". Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".

Monday, March 12, 2007

Migraine..

Kepala aku ni mcm nak kena migraine balik la agaknye..
skrg kerap sgt pulak sakit kepala...dl masa keje kat Maybank aku terkenal ngan
org yg paling byk stock ubat sbb kepala dan badan aku sll sakit..
Pastu badan aku ni memanjang la berbau minyak angin, hingga kan klu aku pakai minyak wangi hilang terus bau nyer..
Migrain dtg hampir setiap bulan…kemudian mula la x boleh nak buat keje.
Nak balik awal K.Kay merangkap bos aku bukan nyer nak bg balik awal..memanjang katanya byk kerja yg urgent...so, Mula la nak wat keje pun x de perasaan.
Iyer la...blh di kata kan lepas aku tendered resign kat Maybank, pain killer ngan ponston pun aku dah jarang beli..
tp sekarang ni stock ubat aku tu mcm kena beli sml..
mungkin aku ni byk sgt pikir.. entah ape yg aku pikirkan pun aku x tahu..
Nak kata aku ade masalah…entah la mcm x de..tp nak kata x de mcm ade…Hehhee poning..

Sunday, February 18, 2007

Jeram Tengkek

Ari ni Birthday Angah...Anak abg aku...
Happy Birthday Angah!!... yg ke-7 thn, Celebrated Birthday Boy kat umah Wan aku bermakna umah Onyang Angah...
Pg td abg aku tiba dgn membawa sebiji ceke utk anaknye yg tersayang!
sambil sarapan sambil mkn birthday cake.
Pg td dlm kul 7.20pg aku, Ayah, kakak, dan adik pergi ke pekan nak beli lauk utk di buat BBQ.
Lebih urang kul 12.00 kami semua bertolak ke Jeram tangkek.
Seronoknyer aku dpt membakar Ayam. udang dan sotong..
ramai yg lalu lalang hanya memandang dan menghidu bau.. kesian..
Kali ni ramai betul yg dtg berkelah kat sini, klu lmbt td sure lah x dpt tmpt duduk.
Aku yg pasti x melepaskan peluang bermandi manda kat sungai ni...
Ishh..sejuk nyer la air jeram ni...menusuk ke tulang hitam aku di buatnyer,..
Bahagia je rasanyer dpt berkumpul sekeluarga sambil bersantai menikmati keindahan ciptaan Allah.. Harap lepas ni sll lah aku dpt berkelah seperti ni..
ermmm...mmg pantang ade cuti panjang kitorag sekeluarga pasti ade merancang utk berkelah..
Lama betul kitorang kat sana...dah petang baru ingat nak balik...
al maklum la...Musafir...jd pasal solat x jd hal..boleh di buat solat jamak...
Kemudahan yg Allah bg..jgn di sia-sia kan...Hheehee

Saturday, February 17, 2007

Alahai Atuk....Alahai Wan

Mlm td aku memulakan operasi membuat Muffin Coklat dan Roti. Aku siap masak memasak..lebih kurang pukul 1.45pg...Fuhhh...mengantuk nyer la pulak mata ni....
Pg td aku menyambung semula tapi kali ni aku buat Pizza!! Semua ni aku buat semata2 utk di bawa sebagai bekalan pulang ke Kampung Atuk & Wan di Kg. Tengkek, Batu Kikir, N9. Walaupun penat tapi bg aku tetap rasa bersemangat utk menyiapkannya..Berkobar2 lak rasanyer... :)
Pagi ni dlm kul 8.00 pg aku pun bertolak ke rumah abg di Selayang. Tp abg aku dan kakak ipar yg di Selayang ni x balik sbb abg keje ari ni...Esok pg br mereka bertolak. Cuma, Anak abg aku yg dua org ni ikut perjalanan kitaorg....seperti yg di janjikan semua ahli keluarga aku berkumpul di sana...Mak ngan Ayah semlm lg dah smpai umah abg.
Sampai kat umah Abg aku pun bersarapan dhl..Lebih kurang kul 10.20 pg baru lah kami semua bertolak utk pulang ke kg. N9, tp sblm tu.. pergi jemput along yg masih menanti di Putra.
Perjalanan mmg seronok...Cuma kali ni terasa bagaikan jauh utk tiba ke Kg. Almaklum la, esok CNY...Dah tentu ari ni ramai org yg pulang ke Kg.. Jd jln pun Jammed la sesgt + hari plk hujan.. Lebih kurang pukul 3.00 ptg baru la kami semua sampai kerumah Atuk...
Kali ni balik nmpak kecerian di wajah Atuk yg nan Uzur di mamah usia..
Kesian Atuk..
Tangan atuk retak jatuh semasa nak balik dr masjid slps selesai menunaikan solat subuh.. Berbalut la jg tangan nyer... "Semoga Atuk cepat sembuh"..Amin!

Lebih kurang 1 jam lebih di umah Atuk(sebelah Ayah) kami pun berangkat kerumah Wan(nenek sblh Mak) yg mengambil masa lebih kurang 10 minit.
Setiba disana...Kami disambut dgn keriangan di wajah Wan yg keseorang di rumah.
Kesian Wan...
Pipi Wan bengkak terjatuh dr katil...
Dah jumpa Doc tp nmpak juga la bengkak nyer...."Semoga Wan cepat sembuh"...Amin!

Friday, February 16, 2007

Cuaca Panas


Kini cuaca semakin panas..Byk ngr yg mengalami perubahan.. Mungkin dunia pun dah tua agaknyer. Kepanasan cuaca sekarang sudah semestinye lebih dirasai oleh pekerja2 yg bekerja di sektor pembinaan dan mereka yg sentiasa berhubung di kawasan luar. Aku yg duduk dlm aircond ni pun kekadang malas nak keluar mengenangkan panas terik kat luar sana. Kalau nak keluar sudah semestinye pelindung UV perlu di calitkan ke wajah klu tdk...faham2 aje la!
Sekarang ni tekak aku mudah aje terasa sakit..boleh dikatakan setiap hari..klu nak telan perit sikit rasanye..
nak kata x byk minum...byk jg....tp itu, bila ingat nak minum la..klu x...Hehhee

Cuaca panas sebegini kena la byk minum air..air..air..
Air yg berais yg pasti menjadi rebutan...
kenapa?? semestinya kerana air tu sejuk...???
tapi hakikatnya didalam badan, air yg berais akan berlawanan dan menyebabkan
badan menjadi panas dan faktor penyebab kepada pelbagai penyakit..
Sudah pasti air suam perlu di lebihkan bg mengimbangi suhu badan kita..
Tapi kan....!!
Panas- panas begini klu dapat ABC kan sedap atau Cendol Lebih..Wah Sedap tu......Ish...ishh..
Tekak dah terasa sakit mcm ni pun ade hati nak minun minuman yg berais....
tp ade org kata ais tu penawar....
Betul ker????
Tapi yg syok nyer waktu musim panas ni, bila jemur baju kejap je dah kering syok betul la.. x yah nak tunggu lelama. ;)

Tuesday, February 13, 2007

Seronok ker???

Hari ini semua Team Leader x masuk opis,
jd nyer kerja pun x la byk..cuma aku dok pening kepala ngan FH minta aku
uruskan candidates based at JB through Jobstreet. Masaalahnye masa dia maklumkan kat aku ari sabtu lps tu x berape jelas..dia pun dok rushing nak ke S'pore...da tu pulak ari sabtu ni dia kata nak ada kan RO kat Johor..so tinggal beberape ari aje lah lagi...mana nak shortlisted candidates, mananyer nak call up diorg..some more CNY ari ahad, ade ke org nak dtg RO on Sat...Entah la.. buat aje la ape yg dia suruh...'Menurut Perintah'
ala ala ...merungut pulak... tak baik... :) :)
Hari ni sahaje aku telah terima limau mandarin utk opis ade 3 kotak....ummmp, blh la tumpang sekaki merasa..heehhe

Monday, February 12, 2007

It's My Birthday




12 Feb Datang lagi..
Maka berganjaklah lagi usia aku ke satu angka yg lain..
yg pasti angka bukan la segalanya...
rasanya baru sahaja aku menyambut sweets 17, masa tu aku menyambut bersama kawan2 ku yang otai...yang pasti kenangan di alam persekolahan tidak pernah luput dr ingatan ku..
It's My Birthday!!!
Mak, Terima kasih kerana melahirkan k.ja ke alam dunia yg sememangnyer amat mencabar serta menduga kita sebagai hambanyer.
Segala pengorbanan serta kepayahan Mak membesarkan K.ja tidak dapat dibalas. Yg pasti, hanya mampu berdoa agar Mak sentiasa di berikan kesihatan yg berpanjangan dan kebahagian yg berkekalan..
Iyer... mungkin kehidupan kita di masa lampau jika di bandingkan masa kini, jauh bezanyer..
Kesungguhan Mak & Ayah membesarkan kami anak2 mu tidak ternilai pengorbanannyer..
ketika itu mungkin k.ja sedikit nakal tapi tdk bermakna K.ja sentiasa protes dgn segala kata mu..
Mak & Ayah kau lah penyeri hidup kami anak2mu!!! K.ja bahagia menjadi anakmu..doa kan K.ja sentiasa tabah.. setabah semangat mu dlm menempuh kehidupan mendatang...
It's My Birthday
Dr tgh mlm sampai ke ari ni byk msg serta panggilan diterima dr insan2 yg amat kusayangi(Usrathi) serta teman2 yg masih mengingatinye...Terima Kasih utk itu!!!
It's My Birthday
Azam ku thn ni agar aku mampu menjadi insan yg lebih berguna dan menyambung semula azam thn2 lepas yg masih belum tercapai....harap kali ni biar la termakbul...Amin!

Daisypath Wedding Ticker
myspace backgrounds
Myspace Backgrounds